7 Tips Menjaga Kesihatan Badan

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk cara menjaga kesihatan badan. Selain mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, anda juga perlu melakukan kebiasaan-kebiasaan yang baik supaya badan tetap sihat dan nampak fit.

Berikut beberapa cara menjaga kesihatan badan yang boleh dipraktik agar anda nampak segar sepanjang hari:


  Berfikiran Positif

Selalulah berfikiran positif. Di dalam badan atau tubuh yang sihat terdapat fikiran yang tenang dan sihat. Selalu berfikiran positif akan menghindarkan diri dari serangan stress.






   Istirahat Secukupnya

Sering berjaga atau tidur lewat malam boleh membuatkan badan menjadi tidak segar. Cuba beristirahat secukupnya pada malam hari.

Tidur lebih kurang 8-9 jam di malam hari akan membuatkan badan lebih segar dan tenang setiap pagi. Di samping itu, tidur yang mencukupi juga dapat mencegah kedutan, garis-garis halus dan lingkaran hitam di bawah mata.




  Bersenam Secara Teratur

Melakukan senaman secara teratur akan membuatkan badan anda menjadi lebih segar, fit dan sihat. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan perjalanan darah dengan meningkatkan denyutan jantung.

Situasi ini akan membuatkan semua nutrisi dapat diagihkan secara merata ke seluruh badan yang akan meningkat kesihatan badan secara keseluruhannya.






   Makan Secara Teratur

Makan secara teratur, 3 kali sehari dengan jumlah yang mencukupi. Makan berlebihan dalam satu masa boleh menganggu sistem penghadaman.

Di samping itu, jangan rakus atau terburu-buru ketika anda menikmati makanan. Sebaliknya makanlah dengan tenang dan santai.

Makanan yang dikunyah dengan sempurna akan masuk ke dalam perut secara perlahan-laan dan stabil. Ia akan membuatkan proses penyerapan nutrisi berjalan secara maksima.




  Pengambilan Makanan Vitamin D

Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin D dapat menambah daya ketahanan pada badan.

Vitamin D berfungsi untuk menstimulasikan sel imun untuk menghalau virus dan bakteria. Vitamin D boleh didapati pada telur, hati, ikan dan sinaran cahaya matahari.




  Minum Air Masak Secukupnya
Pengambilan air masak, paling kurang lapan gelas setiap hari boleh membuatkan tubuh lebih segar dan tidak kekurangan cairan.






  Gaya Hidup Sihat

Hindari sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan anda seperti merokok, pengambilan minuman beralkohol, makanan segera atau makanan yang bahan mengandungi bahan pengawet.

Itulah beberapa tip atau cara menjaga kesihatan badan. Walaupun nampak simple, namun cara inilah yang paling berkesan untuk dipraktik selalu agar kelihatan segar sepanjang hari.

Comments

Popular posts from this blog

10 Lokasi Romantik di Sekitar KL

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk