Posts

Showing posts with the label Kesihatan

7 Tips Menjaga Kesihatan Badan

Image
Banyak cara yang boleh dilakukan untuk cara menjaga kesihatan badan. Selain mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, anda juga perlu melakukan kebiasaan-kebiasaan yang baik supaya badan tetap sihat dan nampak fit. Berikut beberapa cara menjaga kesihatan badan yang boleh dipraktik agar anda nampak segar sepanjang hari:   Berfikiran Positif Selalulah berfikiran positif. Di dalam badan atau tubuh yang sihat terdapat fikiran yang tenang dan sihat. Selalu berfikiran positif akan menghindarkan diri dari serangan stress.     Istirahat Secukupnya Sering berjaga atau tidur lewat malam boleh membuatkan badan menjadi tidak segar. Cuba beristirahat secukupnya pada malam hari. Tidur lebih kurang 8-9 jam di malam hari akan membuatkan badan lebih segar dan tenang setiap pagi. Di samping itu, tidur yang mencukupi juga dapat mencegah kedutan, garis-garis halus dan lingkaran hitam di bawah mata.   Bersenam Secara Teratur Melakukan senaman secara teratur akan membuatkan badan anda menjadi lebih segar

Tips Bakar Kalori Masa Cuti Hujung Minggu

Image
Selagi kita tak malas dan punya keinginan yang kuat, tentu sahaja aktiviti membakar kalori ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara tak langsung, bukan sahaja kesihatan kita menjadi lebih baik, bahkan rumah kita pun jadi lebih bersih! Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan diri bagi membantu mengurangkan kelebihan lemak dan gula dalam badan. Bermakna buat kerja-kerja rumah pun kita boleh jadi kurus! ANTARA AKTIVITI MEMBAKAR KALORI YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI RUMAH 1. MENGEMOP LANTAI Aktiviti ini bagus untuk menguatkan bahagian atas dan bawah badan. Mula-mula kita kena selesaikan kawasan yang paling teruk atau kotor sekali terlebih dahulu sebelum berpindah untuk membersihkan bahagian yang tak berapa kotor. Posisi merangkak sewaktu kita mengemop lantai yang dilakukan secara berterusan selama 30 minit dikatakan mampu membakar 200 kalori. Bayangkan kalau rumah kita dua atau tiga tingkat, dah berapa banyak tu kalori kita yang terbakar pada cut

7 Punca Badan Cepat Letih

Image
Berikut beberapa punca badan cepat letih: 1. Tidak Cukup Tidur Tubuh kita memerlukan tujuh atau lapan jam sehari untuk tidur. Jika badan terasa terlalu letih dan mengantuk boleh jadi kerana kualiti dan kuantiti tidur kita tidak mencukupi. Untuk mengatasi punca badan cepat letih kerana kurang tidur, buatlah prioriti waktu tidur dan jadual teratur untuk tidur. Selain itu, jangan lupa jauhi segala macam gajet ketika hendak tidur kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan gangguan tidur. 2. Mengalami Masalah Sleep Apnea Sleep apnea ada kaitan dengan penyakit yang ada di dalam badan kita, seperti penyakit jantung, darah tinggi,diabetis,strok dan beberapa penyakit lain yang membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit. Sleep Apnea adalah gangguan tidur yang ditandai dengan kesukaran bernafas dan terjadi secara berulang-ulang. Disebabkan gangguan ini kualiti tidur akan jadi menurun. 3. Depresi Depresi atau tekanan boleh menjadi salah satu masalah yang akan membuatkan fizikal kita

Kesan 5 Jenis Rempah-ratus Yang Mampu Mencegah Sel-sel Kanser Daripada Terus Merebak

Image
BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER: KUNYIT Kunyit mengandungi antioksidan iaitu curcumin. Ia dikatakan mampu mencegah penyebaran sel kanser ke seluruh badan. Khasiat kunyit sebagai pencegah dan penawar beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kulit, kanser usus besar dan kanser prostat. Selain itu, kunyit juga dikatakan mampu menjaga kesihatan hati dan meningkatkan pengeluaran bilirubin oleh kelenjar hempedu. Ia baik untuk mencegah batu hempedu. Di samping itu, kunyit juga baik untuk kesihatan jantung kerana dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. HALIA Halia adalah antara rempah ratus yang biasa digunakan sebagai bahan masakan, minuman dan ubat-ubatan. Halia mengandungi vitamin A, B, C,E ,magnesium, fostor, sodium, kalsium, zink, beta karoten dan antioksidan yang mampu membantu mencegah sel kanser. Selain memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser usus besar

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk

Image
Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering Rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit . Bukannya makanan punca penyakit. Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan quercetin galangin. Selain itu, lengkuas juga mengandungi anti-inflamasi dan anti-oksidan yang dapat mengurangi risiko peradangan tertentu. Pakar dari Korea telah mendapati bahawa zat yang terkandung dalam lengkuas mampu menghapuskan oksida nitrat (NO) dan penghasilan lipopolisakarida (LPS). Jadikan lengkuas sebagai tanaman wajib dii rumah. MANFAAT LENGKUAS TERHADAP KESIHATAN 1. Memberikan rasa selesa di perut Lengkuas d

Pneumonia pembunuh senyap kanak-kanak.

Image
Siapa sangka penyakit Pneumonia yang bermula hanya dengan demam biasa atau batuk serta bersin ringan, merupakan pembunuh nombor satu bagi kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Malah jumlah kematian kian hari semakin meningkat di negara ini akibat sikap ibu bapa yang selalu memandang ringan tentang penyakit ini. Ramai ibu bapa terutamanya yang baru sahaja bergelar ibu bapa menyangka bahawa ia adalah penyakit biasa seperti selsema dan boleh dirawat dengan ubat batuk serta demam yang dibeli di farmasi. Apabila keadaan tidak bertambah baik, baru mereka mendapatkan rawatan daripada doktor. Ada juga segelintir ibu bapa yang sangat taksub dengan natural remedies sehingga enggan berjumpa dengan doktor walaupun keadaan anak yang semakin teruk. Tanda-tanda serangan Pneumonia Pneumonia adalah istilah umum untuk jangkitan paru-paru yang boleh disebabkan oleh jangkitan pelbagai kuman (virus, bakteria, kulat, dan parasit). Kebanyakan kes, walaupun, adalah disebabkan oleh virus, termasuk adenoviruses, r