Posts

Showing posts with the label Rilaks Minda

Bacaan Surah Al-Quran oleh Allahyarhamah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini

Image
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini telah meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 5 Julai 2014 sekitar jam 1.26 pagi. Beliau yang berusia 61 tahun telah meninggal dunia akibat akibat jangkitan pada paru-paru. Sepanjang hayatnya, Sharifah Aini dikenali kerana kelunakan suaranya sewaktu mendendangkan lagu dan membaca Al-Quran. Sempena mengenang pemergian Datuk Sharifah Aini, kita ikuti sedikit sedutan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari beliau. Kredit kepada rizalkamaruddin yang telah menghasilkan bacaan Al-Quran daripada Biduanita Negara ini. Sumber : youtube.com

Panduan Legakan Rasa Marah

Image
  Tarik Nafas Dalam-Dalam - setiap manusia mempunyai tahap kemarahan yang tersendiri, ia bergantung kepada kandungan hormon serotonin yang dikeluarkan apabila anda marah. Untuk mengawal kemarahan, anda perlu menarik nafas dalam-dalam kerana udara akan membantu untuk mengurangkan kadar hormon ini. Dan cara ini juga sudah terbukti secara klinikal.  Mengingatkan Diri Anda Sendiri - seseorang yang tidak dapat mengawal kemarahan adalah merupakan orang yang tiada keyakinan pada diri sendiri. Ini adalah berdasarkan kajian. Apabila anda marah, tiada siapa yang mampu mengawalnya melainkan diri anda sendiri. Anda perlu ingatkan diri sendiri tentang kesan daripada kemarahan anda. Sudah pasti ia memberi kesan negatif yang lebih banyak berbanding positif.  Fikirkan Sesuatu Yang Boleh Membuatkan Anda Gembira - sekiranya anda sedang marah dan hanya memikirkan mengenai kemarahan, sudah pasti ia akan menjadi lebih buruk. Anda sepatutnya perlu mengelakkan daripada berfikir mengenainya.

KNOW YOUR PERSONALITY - BERDASARKAN CARA PEMAKAIAN BAG

Image
Personaliti kita ni berbeza-beza. Seorang manusia mempunyai pelbagai personaliti dalam satu masa. Ada yang jenis timid (menepati masa) ada yang kelakar, ada yang selalu serious & ada jugak yang introverted (pendiam) Cara nak kenali personaliti anda? Hm, ada banyak caranya. Yang paling mudah try test-test online. Senang je, google kan ada. Just type 'personality test' & pamm! Result- banyak gilerr test-test online yang anda boleh cuba!  Tapi harini, kita akan buat personality test yang special sikit. Hehehe. Tak payah nak google 'personality test' kita akan buat anda kenali diri anda dengan lebih dalam dengan cara pemakian bag korang jerr. Ha, lain daripada yang lain kan?? Ye, cara pakai bag yang korang beli & pilih tu pun boleh ada maksud tersirat. Huhu.  What your bag says about you! #1 Sangkut Pada Bahu  Anda seorang yang tidak terburu-buru & sentiasa peka tentang perkara yang berlaku di sekeliling anda. Anda lebih mem

5 Cara Kekalkan Nutrien Dalam Makanan

Image
Makanan yang berkhasiat adalah antara kunci penting untuk gaya hidup yang sihat namun makanan yang berkhasiat juga akan kehilangan nutrien jika ia tidak diuruskan dengan betul. Kebanyakan nutrien dan vitamin dalam sayuran adalah pada kulit dan daunnya. Vitamin boleh larut di dalam air, jadi cuba bersihkan sayuran anda dengan menggosok dengan berus lembut dan sedikit air. Dengan cara ini, anda tida perlu mengupas kulit ubi kentang dan lobak merah, sebagai contoh, untuk mengekalkan nutriennya. Potong sayuran dalam saiz besar untuk mengurangkan kuantiti vitamin yang musnah apabila ia terdedah kepada udara. Apabila memasak, sentiasa tutup periuk untuk memerangkap stim dan haba supaya dapat mengurangkan waktu memasak. Pilih untuk bakar daging dan ikan, berbanding menggorengnya. Teknik ini membantu mengekalkan nutrien yang ada dan memudahkan anda untuk perasakannya dengan herba dan sayuran lain. Gunakan lebihan air dari masakan ke dalam sup, stew, sos ataupun jus sayuran