Posts

Bacaan Surah Al-Quran oleh Allahyarhamah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini

Image
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini telah meninggal dunia pada awal pagi Sabtu, 5 Julai 2014 sekitar jam 1.26 pagi. Beliau yang berusia 61 tahun telah meninggal dunia akibat akibat jangkitan pada paru-paru. Sepanjang hayatnya, Sharifah Aini dikenali kerana kelunakan suaranya sewaktu mendendangkan lagu dan membaca Al-Quran. Sempena mengenang pemergian Datuk Sharifah Aini, kita ikuti sedikit sedutan bacaan ayat-ayat Al-Quran dari beliau. Kredit kepada rizalkamaruddin yang telah menghasilkan bacaan Al-Quran daripada Biduanita Negara ini. Sumber : youtube.com

Tips Bakar Kalori Masa Cuti Hujung Minggu

Image
Selagi kita tak malas dan punya keinginan yang kuat, tentu sahaja aktiviti membakar kalori ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Secara tak langsung, bukan sahaja kesihatan kita menjadi lebih baik, bahkan rumah kita pun jadi lebih bersih! Terdapat beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan diri bagi membantu mengurangkan kelebihan lemak dan gula dalam badan. Bermakna buat kerja-kerja rumah pun kita boleh jadi kurus! ANTARA AKTIVITI MEMBAKAR KALORI YANG BOLEH DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU DI RUMAH 1. MENGEMOP LANTAI Aktiviti ini bagus untuk menguatkan bahagian atas dan bawah badan. Mula-mula kita kena selesaikan kawasan yang paling teruk atau kotor sekali terlebih dahulu sebelum berpindah untuk membersihkan bahagian yang tak berapa kotor. Posisi merangkak sewaktu kita mengemop lantai yang dilakukan secara berterusan selama 30 minit dikatakan mampu membakar 200 kalori. Bayangkan kalau rumah kita dua atau tiga tingkat, dah berapa banyak tu kalori kita yang terbakar pada cut

6 Khasiat Bawang Putih Pada Tubuh

Image
Ramai yang bergantung pada ubat-ubatan kimia selepas diserang sesuatu penyakit. Tahukah anda bahawa bahan semula jadi mampu menjadi penawar terbaik jika diamalkan sejak awal sebagai langkah pencegahan sebelum terkena penyakit kronik. Contohnya bawang putih yang merupakan penawar 1001 penyakit. Berikut antara khasiat bawang putih: Ubat Gatal Bawang putih boleh menghilangkan kaki yang gatal kerana ia bersifat anti kulat. Caranya mudah saja, rendam kaki anda dengan air panas suam bersama potongan bawang putih (diketuk-ketuk). Selain itu, bawang putih juga berguna untuk mengurangkan kegatalan badan serta ruam-ruam merah (pengidap psoriasis). Anda hanya perlu menggosokkan minyak bawang putih Mengurangkan Kesakitan Bawang putih juga bersifat anti inflamasi semulajadi yang mampu membantu mengurangkan rasa sakit dan mengecutkan pembengkakan. Anda hanya perlu hancurkan bawang putih, kemudian tempelkan pada bahagian yang sakit atau bengkak. Menghilangkan Parut Jerawa

7 Punca Badan Cepat Letih

Image
Berikut beberapa punca badan cepat letih: 1. Tidak Cukup Tidur Tubuh kita memerlukan tujuh atau lapan jam sehari untuk tidur. Jika badan terasa terlalu letih dan mengantuk boleh jadi kerana kualiti dan kuantiti tidur kita tidak mencukupi. Untuk mengatasi punca badan cepat letih kerana kurang tidur, buatlah prioriti waktu tidur dan jadual teratur untuk tidur. Selain itu, jangan lupa jauhi segala macam gajet ketika hendak tidur kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan gangguan tidur. 2. Mengalami Masalah Sleep Apnea Sleep apnea ada kaitan dengan penyakit yang ada di dalam badan kita, seperti penyakit jantung, darah tinggi,diabetis,strok dan beberapa penyakit lain yang membuatkan saluran pernafasan menjadi sempit. Sleep Apnea adalah gangguan tidur yang ditandai dengan kesukaran bernafas dan terjadi secara berulang-ulang. Disebabkan gangguan ini kualiti tidur akan jadi menurun. 3. Depresi Depresi atau tekanan boleh menjadi salah satu masalah yang akan membuatkan fizikal kita

Kesan 5 Jenis Rempah-ratus Yang Mampu Mencegah Sel-sel Kanser Daripada Terus Merebak

Image
BERIKUT BEBERAPA JENIS REMPAH RATUS YANG DIPERCAYAI DAPAT MENCEGAH DAN MEMERANGI SEL KANSER: KUNYIT Kunyit mengandungi antioksidan iaitu curcumin. Ia dikatakan mampu mencegah penyebaran sel kanser ke seluruh badan. Khasiat kunyit sebagai pencegah dan penawar beberapa jenis kanser seperti kanser payudara, kanser kulit, kanser usus besar dan kanser prostat. Selain itu, kunyit juga dikatakan mampu menjaga kesihatan hati dan meningkatkan pengeluaran bilirubin oleh kelenjar hempedu. Ia baik untuk mencegah batu hempedu. Di samping itu, kunyit juga baik untuk kesihatan jantung kerana dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. HALIA Halia adalah antara rempah ratus yang biasa digunakan sebagai bahan masakan, minuman dan ubat-ubatan. Halia mengandungi vitamin A, B, C,E ,magnesium, fostor, sodium, kalsium, zink, beta karoten dan antioksidan yang mampu membantu mencegah sel kanser. Selain memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dan mengurangkan risiko terkena kanser usus besar

Jom Makan Lengkuas Untuk Elak Kanser & Nyanyuk

Image
Lengkuas ini mirip halia tetapi tektur lengkuas tua lebih keras, bau lebih kuat dan rasanya sedikit pedau/kuat. Lengkuas tua. Lengkuas kering Rempah ratus itu sememangnya diketahui dapat membantu mengelak pelbagai penyakit. Bagaimanapun, lengkuas adalah lebih tinggi khasiatnya. Ingatlah bahawa makanan yang sihat adalah penawar kepada penyakit . Bukannya makanan punca penyakit. Lengkuas seberat 64gram mengandungi 45 kalori dan 2g serat. Kaya dengan sodium, zat besi, vitamin A. vitamin C, flavonoid, fitonutrien, emodin, beta-sitosterol dan quercetin galangin. Selain itu, lengkuas juga mengandungi anti-inflamasi dan anti-oksidan yang dapat mengurangi risiko peradangan tertentu. Pakar dari Korea telah mendapati bahawa zat yang terkandung dalam lengkuas mampu menghapuskan oksida nitrat (NO) dan penghasilan lipopolisakarida (LPS). Jadikan lengkuas sebagai tanaman wajib dii rumah. MANFAAT LENGKUAS TERHADAP KESIHATAN 1. Memberikan rasa selesa di perut Lengkuas d

IKEA Tebrau, Johor Akan Mula Beroperasi Pada 16 November

Image
Gedung IKEA Tebrau, Johor Bahru secara rasminya telah diumumkan akan mula beroperasi pada 16 November 2017 . Menurut Pengarah Peruncitan IKEA Asia Tenggara Mike King, gedung IKEA di Tebrau ini merupakan gedung IKEA yang pertama di buka di Selatan Semenanjung Malaysia dan merupakan gedung IKEA yang terbesar di Asia Tenggara. IKEA Tebrau merangkumi kawasan seluas 46,713 meter persegi dan memiliki semua ciri yang ada seperti gedung IKEA lain termasuk 54 bilik pameran bagi kelengkapan rumah. Selain itu, terdapat lebih daripada 8,000 hiasan rumah rekaan Sweaden ditawarkan pada harga yang berpatutan. Lebih menarik, gedung IKEA Tebrau ini mampu memuatkan sehingga 750 pelanggan dalam satu-satu masa dan tersedia dengan lebih daripada 1,700 parkir serta stesen mengecas kereta elektrik. Kepada pelanggan yang ingin datang ke sini, IKEA Tebrau boleh diakses menerusi Lebuhraya Pasir Gudang dan Lebuhraya Senai-Desaru. SUMBER   HMETRO